Tuesday 20 September 2011

Assalamualaikum W.B.T.


Komputer dalam pendidikan merupakan satu kelas yang wajib diambil oleh semua pelajar yang berada di dalam fakulti pendidikan. Hal ini kerana seseorang guru itu perlu mahir dalam menggunakan komputer dan kemahiran ICT kerana pada masa ini hampir kesemua sistem pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemahiran ICT sama ada dalam pencarian maklumat mahupun proses penyampaian maklumat.




First Lesson...

Pada kelas yang pertama, kami telah belajar banyak perkara tentang penggunaan komputer dalam pendidikan. Pertama sekali, kami belajar untuk membuat google account dan yahoo account. Kedua-dua account rasmi ini adalah bertujuan untuk proses penghantaran dan penerimaan e-mail terutama sekali daripada penyelaras program dan course coordinator. Ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya kerana kesemua proses pembelajaran dan pengajaran berjalan melalui penghantaran e-mail kepada para pelajar.


Cara pendaftaran google dan yahoo account
Untuk mendaftar google account, pelajar perlu membuka laman sesawang google klik pada 'Gmail'. Selepas itu pelajar hanya perlu klik pada 'create an account' bagi memulakan proses pendaftaran dan mengikuti semua arahan seterusnya serta mengisi maklumat diri pelajar. Manakala bagi mendaftar yahoo account pula, pelajar perlu membuka laman sesawang yahoo terlebih dahulu. Selepas itu pelajar hendaklah klik pada 'Sign Up' dan mengikuti arahan selanjutnya serta mengisi maklumat diri pelajar. Cara pendaftaran bagi kedua-dua account adalah sama. Signature yang lengkap tentang maklumat diri hendaklah dibuat bagi kedua-dua account tersebut.
Selepas kami selesai mendaftar account tersebut kami telah menghantar alamat e-mail kami kepada Course Coordinator Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan penyelaras kami Pn. Norsakinah Mohamad.


Mendaftar Account Facebook,
Kami juga telah mempelajari cara membuat facebook account yang rasmi. Google atau yahoo account diperlukan bagi mendaftar facebook account. Untuk mendaftar facebook account, kita hanya perlu mengisi maklumat diri seperti nama penuh, tarikh lahir, alamat e-mail dan kata laluan yang dikehendaki. Kemudian kita hanya perlu klik pada 'Sign Up' bagi mendaftar seterusnya mengaktifkan facebook account. Setelah itu, pelajar perlu menambah kawan-kawan lain sebagai rakan facebook terutama sekali Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin yang merupakan Course Coordinator dan Pn. Norsakinah sebagai penyelaras kami. Username atau URL yang digunakan hendaklah sama dengan nama google atau yahoo account pelajar.


Join and Create Yahoo Group
Selepas itu kami telah menyertai yahoo group http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2011 bagi memudahkan penyebaran maklumat kepada semua pelajar. Untuk menyertai group tersebut, pelajar perlu memasuki laman sesawang yahoo dan klik pada menu 'yahoo group' yang berada di sebelah kiri. Selepas itu, pelajar perlu membuat 'yahoo group' sendiri dan seterusnya 'invite' course coordinator, penyelaras program dan rakan-rakan lain kedalam group tersebut. Hal ini bertujuan untuk kemudahan pelajar bagi menyediakan 'web portfolio' untuk tugasan pada masa akan datang.


Facebook Group
Selepas itu, dengan menggunakan facebook account yang sedia ada, kami telah membuat facebook group sendiri. Kami menggunakan nombor matrik dan kumpulan kami sebagai nama facebook group tersebut. Kemudian pelajar perlulah mengajak course coordinator, course lecturer, dan rakan-rakan untuk memasuki facebook group tersebut.


Pendaftaran Blog
Perkara yang paling menarik sekali bagi saya ialah pendaftaran blog. Hal ini kerana sebelum ini, saya tidak pernah memiliki blog sendiri. Blog dibuat dengan menggunakan google account yang sedia ada. Ini merupakan pengalaman pertama saya mencipta blog sendiri. Blog bertujuan untuk pelajar berkongsi pengalaman dan cara pembelajaran mereka semasa dalam kelas komputer. Pendaftaran blog baru hampir sama dengan cara pendaftaran google account, bezanya ialah blog mempunyai 'design' tersendiri dan pelajar boleh menukar 'wajah' blog tersebut mengikut kekreatifan mereka sendiri.