Monday 17 October 2011

KOMPUTER DAN MASYARAKAT

       
          Pada masa kini, komputer telah mempengaruhi cara hidup kita, cara bekerja, dan bermain. Komputer tersebar luas di seluruh dunia dan secara tidak langsung ia mempengaruhi aspek kehidupan manusia sama ada dari segi pemakanan, alat-alat keperluan harian bahkan di dalam kereta kita sendiri turut mempunyai sistem komputer.


          Komputer pada umumnya digunakan untuk menganalisis, mendiagnosis, dan berkomunikasi sesama kita. Namun begitu, penggunaannya telah berkembang sehingga internet diperkenalkan. Internet ialah salah satu kemudahan aplikasi dalam komputer dan penggunaannya semakin berkembang sehingga ke hari ini. Sama ada kita sedar atau tidak, penggunaan internet juga turut mempengaruhi cara kita berkomunikasi dan mendapatkan maklumat. Dengan hanya menaip sahaja kita dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat tidak kira dimanapun kita berada. Maklumat yang diperoleh pula boleh didapati dari pelbagai sumber sesuai dengan gelaran komputer yang dikenali sebagai 'dunia tanpa sempadan'.


          Dalam era globalisasi ini, terdapat banyak pekerjaan yang memerlukan kita menggunakan komputer. Oleh itu, ramai yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya dengan duduk menghadap komputer. Hal ini seterusnya boleh menyebabkan tekanan kepada individu. Bukan itu sahaja, menurut kajian seseorang yang menggunakan komputer dalam jangka masa yang penjang boleh membawa kepada gangguan atau masalah kesihatan. Sebagai contoh, ia boleh merosakkan mata dan mengakibatkan mata menjadi rabun kerana cahaya dari monitor yang terang. Cara duduk yang tidak betul juga boleh menyebabkan pengguna komputer akan merasa sakit belakang walaupun pada usia yang muda.


          Namun begitu, tanpa kita sedari, di negara kita Malaysia. Penggunaan komputer dan laman sosial khususnya laman facebook yang bebas dan berleluasa telah menjadi satu tabiat para remaja di Malaysia khususnya pelajar-pelajar. Penggunaan bahasa yang tidak beretika oleh para remaja telah menyebabkan penggunaan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu terjejas. Hal ini mendatangkan masalah kepada masyarakat dan negara kerana usaha kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terjejas. Pelajar khususnya perlu mahir dalam menggunakan komputer kerana peranan mereka sebagai golongan yang berpendidikan. Pelajar tidak sepatutnya terpengaruh dengan bahasa 'sms' terutama semasa melakukan tugasan bersama pelajar dan pensyarah. Etika dan penggunaan bahasa yang baik sangat penting bagi menunjukkan rasa hormat kepada pensyarah khususnya.


          Kesimpulannya, isu komputer dan masyarakat perlu kita ambil perhatian kerana ia melibatkan kehidupan masyarakat dan masa depan negara. Memang tidak dinafikan komputer merupakan satu keperluan pada masa kini. Tetapi sebagai individu yang positif dan progresif, jasmani dan rohani kita perlu sentiasa dipelihara agar tidak meruntuhkan nilai-niai murni dan akhlak kita sebagai manusia terutama pelajar. Hal ini seterusnya akan membantu kita dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.


Sekian.

Saturday 15 October 2011

Course/Learning Management System (C/LMS)

Assalamualaikum W.B.T.

            Course/Learning Management System C/LMS atau bahasa melayunya dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) merupakan satu aplikasi pendidikan bertujuan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

            Di Universiti Kebangsaan Malaysia, Sistem Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Interakif (SPIN) merupakan salah satu contoh C/LMS yang ada. SPIN berfungsi sebagai medium perbincangan serta medium untuk pelajar mendapatkan segala info mengenai akademik dan berbincang mengenai hal-hal yang berkaitan dengan subjek yang diambil pada semester tersebut. Dalam LMS, kita dapat merapatkan hubungan antara pelajar dengan pelajar lain serta pelajar dengan pensyarah. Selain itu, kita juga dapat memuat turun segala nota, dan mengetahui segala perkembangan terhadap kelas tersebut.


Terdapat beberapa contoh Open Source Software (OSS) yang digunakan untuk tujuan C/LMS, antaranya ialah Moodle, Docebo, eFront, Dokeos, Claroline, Atutor, Ilias, Olat, Sakai, .LRN, Open Elms, Bentara Ganesha dan banyak lagi.


Berikut merupakan maklumat tentang C/LMS secara umum:


1. Apakah SPP atau LMS?
Learning Management System (LMS) merupakan salah satu projek rintis ditaja oleh MAMPU. Pihak  MAMPU bekerjasama dengan BPM yang selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Open Source Software (JPOSS) KPM.

2. Bilakah SPP bermula?
MAMPU telah melaksanakan tawaran tender terbuka bagi “Menambahbaik Projek Perintis Learning Management System (LMS) serta Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyenggara Perkakasan dan Perisian Projek Peluasan LMS ke Sekolah-Sekolah” pada bulan Julai tahun 2008.


3. Apakah skop yang terangkum dalam SPP?
Tempoh projek ini adalah selama dua (2) tahun dan merangkumi skop seperti berikut:
• 50 sekolah yang terpilih
• Penambahbaikan LMS sedia ada
• Pembekalan dan pemasangan LMS
• Pembekalan dan pemasangan 20 PC, 1 printer, 1 scanner dan 1 server bagi setiap sekolah (termasuk wiring dan network cabling)
• Pembekalan dan pemasangan Content Server di KPM
• Pemindahan teknologi dan latihan
• Meja Bantuan
• Waranti dan penyenggaraan


4. Bagaimanakah SPP dapat membantu proses P&P di sekolah?
LMS merupakan satu sistem aplikasi yang membolehkan bahan resos pembelajaran berasaskan web digunakan dalam proses P&P secara lebih berkesan di mana LMS digunakan untuk melancarkan e-Bahan, mengesan pencapaian murid, dan mengesan status penggunaan pengguna.


5. Apakah fasa-fasa pembangunan SPP?
Fasa SPP RMKe-9:
Pada tahun 2009, LMS-MAMPU telah dirintis di 5 buah sekolah bestari showcase oleh pihak MAMPU di bawah inisiatif Open Source Software (OSS). Pada tahun 2010, projek ini akan diperluaskan ke 45 buah sekolah terpilih.
Fasa SPP RMKe10 :
Mulai tahun 2011, LMS-MAMPU akan diperluaskan ke 70 buah sekolah lagi.
http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/206-sistem-pengurusan-pembelajaran-spp-learning-management-system-lms.html

Wednesday 12 October 2011

Aktiviti Minggu Kedua

Perbezaan Menghantar Mesej Menggunakan yahoo group dan yahoo mail.


Semasa minggu kedua, kami telah belajar untuk mencipta yahoo group masing-masing. Yahoo group merupakan satu aplikasi yang sangat unik penggunaanya. Salah satu keunikan yahoo group ialah dari cara penghantaran mesejnya.


Perbezaan
Dalam yahoo mail, mesej atau maklumat yang dihantar adalah bersifat peribadi iaitu hanya dihantar kepada penerima tertentu sahaja, hanya penerima itu sahaja yang boleh membaca mesej tersebut. Manakala dalam yahoo group, mesej yang dihantar akan diterima oleh semua ahli yahoo group tersebut, semua maklumat dan mesej yang dihantar akan dapat dibaca oleh ahli dalam yahoo group. Selain itu, yahoo group juga berfungsi sebagai ejen perbincangan yang luas. Oleh itu, ia tidak mempunyai signature. Hal ini menyebabkan kita sukar untuk mengenal pasti siapa penghantar sesuatu mesej atau maklumat. Berbeza dengan yahoo mail dimana mesej yang kita hantar mempunyai signature yang mengandungi maklumat tentang diri kita dan bersifat lebih rasmi.


Persamaan
Terdapat beberapa persamaan antara yahoo mail dan yahoo group. Pertama, kedua-duanya
digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada rakan dengan cepat. Kedua, melalui yahoo group dan yahoo mail, kita dapat berbincang tentang sesuatu topik atau perkara bersama rakan lain. Ketiga, penghantaran mesej dan maklumat menjadi lebih jelas, cepat dan menjimatkan masa.