ICT Dalam Pendidikan : Isu
Dan Cabaran Guru Pendidikan Jasmani
Pengenalan
ICT (Information Communication
Technology) adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan,
manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT
dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan,
pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang
hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P
dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber
pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat
proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
Teknologi maklumat dalam pendidikan seharusnya
membawa kepada kepelbagaian cara pembelajaran, dan guru perlu mempunyai
hubungan yang bercorak reflektif dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam
masyarakat. Pembelajaran dan pengajaran bukanlah dua proses yang terpisah,
tetapi adalah proses reflektif di mana kedua-duanya perlu disesuaikan dan
berfungsi secara bersama bersama-sama dengan situasi luaran yang sedia ada. Pada
zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar.
Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan
seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000).
Dasar dan polisi pembangunan negara menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan
penggunaan ICT dalam pendidikan, oleh itu impak ICT dalam pendidikan amat
ketara sekali. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sekolah
Bestari pada awal 1999 yang bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik
terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pemudah cara
dalam pengajaran dan pembelajaran (Rohani 1999; Ab. Rahim 2000). Pelaksanaan Sekolah
Bestari merupakan satu anjakan paradigma yang amat besar dalam sistem
pendidikan negara (Mohammed Sani 2002). Implikasi daripada pelaksanaan dasar
baru ini, sekolah perlu membuat perancangan dan persediaan yang rapi untuk
reformasi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru ke
arah kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Pola perkembangan ini
mengutarakan penggunaan pendekatan konstruktivisme yang lebih menekankan kepada
pembelajaran berpusatkan pelajar (Papert 1996; Forcier 1999; Newby et al. 2000;
Jonassen 2000; Moursund 2003). Ciri utama dalam kaedah ini ialah pelajar
membina pengetahuan dan kemahiran masing-masing secara aktif manakala guru pula
lebih berperanan sebagai pemudah cara.
Isi-isi
Para pendidik pasti tidak akan terlepas dari menghadapi
pelbagai cabaran dalam mengaplikasikan penggunaan ICT dalam proses
pembelajaran. Subjek pendidikan jasmani merupakan subjek yang perlu diberi
perhatian dalam proses pembelajaran. Cabaran utama para guru ialah dalam
memastikan para pelajarnya sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia
teknologi maklumat yang sentiasa maju kehadapan.
Ketandusan inovasi dan pembaharuan yang berterusan
dalam mana-mana subjek di sekolah menyebabkan pelajar merasakan sesuatu subjek
itu stereotaip, tidak mencabar, statik dan membosankan (PPK, 2004). Oleh itu
guru pelatih harus memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh
menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar, merangsang pembelajaran dan
menyeronokkan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial, moral,
kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti merasa penting untuk
dipelajarai serta berguna untuk masa hadapan. Justeru, satu anjakan paradigma
harus dilakukan untuk menjadikan guru-guru pelatih minat dalam teknologi
komunikasi dan informasi dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam subjek pendidikan jasmani
menghadapi cabarannya yang tersendiri. Perkara utama yang perlu dititikberatkan
ialah guru hendaklah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui
penggunaan ICT sentiasa berjalan dengan baik dan lancar. Dalam konteks ini,
guru hendaklah mempunyai kemahiran yang cukup dalam mengendalikan
peralatan-peralatan ICT . cabaran yang dihadapi ialah kemahiran tenaga pengajar
untuk menggunakan peralatan ICT. Hal ini kerana, terdapat sebilangan guru yang
masih tidak cekap menggunakan computer dan peralatan ICT seperti pemancar LCD,
power point, video dan sebagainya.
Guru yang masih tidak cekap menggunakan perlatan ICT
akan mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan
proses P&P. Hal ini demikian, masa di dalam bilik darjah akan terbuang
begitu sahaja. Untuk menyatakan proses perancangan pengajaran harian guru perlulah sistematik barulah ia tidak membazir
masa semasa proses pengajaran. Selain itu, guru perlu memastikan para pelajar
benar-benar menguasai subjek pendidikan jasmani melalui penggunaan ICT tanpa
ada sebilangan pelajar yang ketinggalan.
Oleh itu, bimbingan guru diperlukan dalam membantu penguasaan
pelajar menggunakan ICT. Hal ini kerana, terdapat sebahagian pelajar yang tidak
mempunyai kemahiran ICT terutamanya pelajar dari luar bandar ekoran daripada
kurangnya pendedahan mengenai teknologi pada masa kini. Oleh hal demikian, guru
perlulah memberi pendedahan yang khusus mengenai penggunaan ICT. Golongan
pelajar hendaklah diberikan perhatian yang lebih supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Selain itu, ibu bapa selalu menyalahkan
pihak sekolah jika anak mereka bermasalah. Sedangkan mereka tahu, tanggungjawab
mereka itu lebih besar di sisi Allah s.w.t untuk membentuk anak-anak mereka.
Mereka tahu bahawa doa anak-anak mereka akan membantu mereka apabila berada di
alam lain. Oleh itu, tidakkah mereka berasa rugi apabila menyerahkan 100%
kepada pihak sekolah untuk membentuk anak mereka?
Guru Pendidikan Jasmani perlu menerima
cabaran. Sebilangan sekolah dicemari oleh guru-guru yang bukannya dari bidang
Pendidikan Jasmani. Antara perkara yang merosakkan subjek ini di sekolah
adalah:
1.Guru diajar oleh murid: "cikgu,
hari ni kita main bola"
2.Guru berpakaian kemeja dan baju kurung
mengajar Pendidikan Jasmani di padang.
3.Guru perempuan berpayung sambil
memberi arahan kepada murid-murid.
4.Murid-murid mengambil alatan sukan di
dalam stor sukan mengikut kehendak masing-
masing.
5.Guru duduk menyemak buku latihan
sambil murid-murid bebas bersukan.
6.Guru memberi bola sebiji dan
bersembang dengan tukang kebun atau guru-guru lain.
7.Sukatan pengajaran tahunan tidak
diikuti dan ada sekolah yang tidak ada.
8.Anggapan Pendidikan Jasmani hanya
subjek untuk bermain semata-mata.
Pendidikan Jasmani adalah subjek yang
amat penting, Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani,
kita dapat melihat murid-murid kita senyum, bergelak ketawa, menjerit-jerit,
tolong-menolong, berpeluh-peluh, dan lain-lain. Tanggapan bersukan akan
meletihkan tubuh badan adalah salah sama sekali, guru yang berkualiti tahu cara
untuk mengatasi masalah ini. Sememangnya cabaran guru Pendidikan Jasmani begitu
tinggi untuk seiring dengan wawasan 2020. Kanak-kanak zaman ini berlainan
sosio-budaya mereka dengan kanak-kanak 10-20 tahun yang lepas. Ibu bapa juga
begitu, jarang ibu bapa yang membenarkan anaknya diapa-apakan oleh guru, malah
ramai golongan ibu bapa zaman sekarang lebih memanjakan anak mereka berbanding
ibu bapa dahulu yang lebih tegas semasa mendidik anak-anak..
Cabaran seterusnya ialah kurangnya prasarana dan
jumlah perkakasan yang begitu terhad disesebuah sekolah terutamanya sekolah di
bahagian kawasan pendalaman. Hal ini boleh membataskan proses pengajaran guru
dikelas. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan proses pengajaran tidak
sistematik dan tidak berkesan kerana kekurangan bahan bantu mengajar yang perlu
ada di setiap sekolah. Para pelajar juga mudah cenderung dalam salahguna
kemudahan ICT jika tidak dikawal dengan baik oleh guru. Hal ini akan
menyukarkan proses penyampaian ilmu. Pelajar lebih cenderung menyalahgunakan
kemudahan internet dengan melayari laman-laman sesawang yang tidak sepatutnya.
Oleh itu, guru perlu lebih peka ketika proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam makmal ataupun kelas dengan mengambil langkah berjaga-jaga.
Keputusan untuk menggunakan teknologi komunikasi dan
informasi pula mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pengetahuan dan
kemahiran serta kemudahan di sekolah. Namun beberapa kajian menunjukkan bahawa
kepercayaan guru berkaitan penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam
kerja-kerja mereka merupakan faktor penentu dalam kemampuan guru mengintegrasikannya
dalam pengajaran (Pajeras, 2002).
Perkembangan dan kemajuan dalam bidang sains,
teknologi, kejuruteraan dan ICT telah banyak membantu merancakkan lagi
persaingan dan kejayaan dalam bidang sukan di peringkat dunia. Dewasa ini
terdapat banyak peralatan moden direkacipta untuk membantu atlet melakar
kejayaan yang lebih hebat dan membanggakan. Dalam dunia sukan renang misalnya,
penambahbaikan kualiti dan reka bentuk pakaian renang telah memberi kelebihan
kepada atlet untuk memecahkan rekod demi rekod dalam pelbagai kejohanan di
peringkat dunia.
Pernahkah kita terfikir dan membayangkan
gaya dan bentuk seluar sukan bolasepak boleh berubah begitu ketara dengan apa
yang ada dan digunakan oleh pasukan bolasepak kini. Bentuk seluar dan jersey
yang agak besar dan longgar kini begitu berbeza dengan apa yang dipakai oleh
pemain bolasepak di era 1970-an dan 1980-an yang lebih ketat dan sempit. Begitu
juga dengan pakaian atlet olahraga dan pelumba basikal begitu ketat dan licin
permukaannya. Ini disebabkan pakaian seperti itu dapat mengurangkan rintangan
udara dan sekaligus membantu atlet mencipta masa yang lebih baik dan lebih
cemerlang (Cheah Swee Ming, 1995).
Fenomena yang sama boleh dilihat dalam
sukan renang. Kemajuan yang begitu pesat dalam semua aspek yang berkaitan
dengan sukan renang bukanlah perkembangan semula jadi. Kemajuan teknologi
pakaian renang dan pengetahuan sains sukan seperti mencukur rambut dan bulu
badan untuk mengurangkan rintangan air di antara kemajuan dan perkembangan
teknologi sukan yang diaplikasikan dalam sukan renang. Kain jenis lycra dan
spandex yang digunakan untuk pakaian renang sekarang adalah amat licin dan
dapat mengurangkan geseran air (Cheah Swee Ming, 1995). Ini membolehkan
perenang mencatatkan masa yang lebih pantas. Begitu juga dengan pakaian renang
yang dibuat dari neoprene yang telah banyak membantu sukan air kerana ia dapat
memberi perlindungan dari kesejukan sekiranya basah. Di samping itu, pakaian
renang lelaki dan wanita kini semakin kecil untuk mengurangkan rintangan air.
Teknologi dalam sukan renang juga boleh diperhatikan pada setiap renang digaris
oleh satu talian cakera-cakera kecil yang boleh berputar untuk memastikan
permukaan air dalam lorong sentiasa tenang. Putaran-putaran cakera berkenaan
dapat menghapuskan sebarang ombak kecil yang boleh menjadi rintangan kepada
perenang (Cheah Swee Ming, 1995).
Sehubungan dengan perkara di atas, antara langkah
bagi mengatasi isu tersebut ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan (PJK). Pelbagai
alatan teknologi telah dicipta untuk kemudahan manusia kini. Malah terdapat
juga alatan teknologi yang boleh digunakan dalam sukan. Oleh yang demikian ada
diantara alatan tersebut boleh diaplikasikan penggunaannya dalam pembelajaran
subjek (PJK).
Antara alatannya ialah Monitor Kadar Denyutan Jantung
iaitu sejenis alat yang memantau intensiti denyutan jantung dengan menggunakan
pengukuran automatik & peranti transmisi. Alat ini terdapat dalam pelbagai
bentuk iaitu ear-clip devices dan watch-like devices. Ia juga mempunyai ciri
tambahan yang boleh diintegrasikan iaitu menggalakkan kerjasama kumpulan,
ataupun sebagai kerja rumah kepada pelajar.
Selain itu guru boleh menyediakan ubatan secara
individu kepada ibu bapa untuk membantu anak mereka mencapai tahap kesihatan
yang baik. Di samping itu keputusan denyutan jantung individu yang lepas
digunakan untuk motivasi harian pelajar. Melalui data yang terdapat di monitor,
pelajar dapat menganalisis data dan merangka perkembangan dalam aktiviti
fizikal.
Seterusnya adalah penggunaan video. Video kamera
boleh digunakan untuk membangunkan kemahiran fizikal. Sebagai contoh guru boleh
merekod permainan tenis dan kemudian menyuruh pelajar membuat analisis untuk
peningkatan teknik permainan. Selain itu ia juga digunakan untuk membuat
pratonton tentang persembahan model atau demonstrasi konsep untuk sesuatu sukan
atau permainan. Di samping itu juga, ia boleh digunakan untuk menunjukkan
contoh semasa mengajar isu yang berkait dengan kesihatan seperti merokok,
penagihan dadah, kekurangan nutrisi dan lain-lain lagi.
Selain itu juga, teknologi lain yang boleh
diintegrasikan dalam PJK ialah perisian. Antaranya ialah Perisian Pendidikan
Jasmani. Walaupun ia kurang terdapat di pasaran berbanding perisian lain namun
guru masih boleh memperolehinya. Ia mempunyai pelbagai kegunaan seperti memberi
panduan kepada pelajar melalui aktiviti kesihatan, mengaplikasikan spreadsheet
untuk membuat kiraan dan mengrafkan matlamat mengikut individu dan kumpulan. Di
samping itu pelajar boleh belajar undang-undang serta peraturan dalam permainan.
Seterusnya perisian yang terdapat ialah Perisian
Kesihatan. Di dalam Perisian Kesihatan terkandung program simulasi yang
memerlukan pelajar untuk menggunakan
pengetahuan dalam menyelesaikan masalah berkaitan kesihatan. Ia juga
mengandungi pembelajaran tentang anatomi dan fisiologi manusia. Dalam pada itu
pelajar juga dapat mengesan kesan-kesan sampingan penggunaan ubatan terhadap
tubuh manusia.
Selain daripada itu, Teknologi Mudah Alih juga boleh
diintegrasikan dalam PJK. Caranya adalah dengan menggunakan laptop untuk
memaparkan keputusan terkini sukan iaitu pelajar boleh merekod data utk acara
sukan terkini dan juga keputusan rasmi. Pelajar juga boleh membuat jadual
pelawanan dengan lebih mudah dan teratur tanpa perlu meminta bantuan kepada
pakar yg biasa menggunakan komputer.
Dalam masa yang sama, pelajar boleh manggunakan
Sumber Internet untuk mencari topik kesihatan yang berkaitan. Mereka juga boleh
mengakses video untuk memahami dengan lebih jelas tentang aktiviti fizikal yang
dipelajari di padang. Pelajar boleh menggunakan laman web atau emel untuk
saling berhubung dan berbincang tentang subjek PJK. Antara laman web yang
berguna untuk PJK ialah seperti American School Health Association (ASHA)
(http://www.ashaweb.org/),Center for Disease Control (CDC)(http://cdc.org/) dan
Center for Science in the Public Interest (http://www.CSPinet.org/)
Selain itu, salah satu fokus utama yang
telah dikenalpasti dalam cabaran untuk melahirkan guru PJK ini ialah
penglahiran lebih ramai atlet muda yang berkualiti di peringkat sekolah melalui
proses pengajaran dan pembelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani yang
bersepadu dan terkini. Saranan ini merupakan suatu tanggungjawab dan cabaran
besar yang perlu digalas oleh guru kerana merupakan salah satu sumber
pendidikan guru Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani negara.
Bagi mencapai saranan melahirkan guru
Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani yang berkualiti, Seseorang guru perlu
melaksanakan dua strategi utama iaitu: (1) memperkemaskinikan struktur program
akademiknya, dan (2) menggalakkan pengambilan pelajar yang aktif bukan sahaja
cemerlang akademik malah memiliki prestasi dan kebolehan sukan yang tinggi.
Strategi pertama iaitu memperkemaskinikan struktur program akademik
dilaksanakan melalui perancangan dan penubuhan program baru (Program Sains
Sukan Dengan Pendidikan), mengkaji dan memperkemaskinikan sub pembelajaran.
Selain itu, isu pengajaran Pendidikan
Jasmani juga sering dikaitkan dengan kekurangan guru opsyen PJK. Akibatnya,
guru besar atau pengetua terpaksa meminta guru bukan opsyen untuk mengisi
kekosongan ini. Dalam hal ini, Nik Safiah Karim (1980) berpendapat banyak guru
yang bukan sahaja tidak dapat mengajar PJK dengan baik, tetapi penguasaan dalam
kemahiran PJK mereka juga amat lemah. Jika keadaan ini berlaku, maka akan
mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar yang benar-benar berketerampilan
dan cemerlang dari segi rohani dan jasmani.
Dari segi teori, pendekatan konstruktivisme tidak
memberi tumpuan kepada bagaimana hendak melaksanakan sesuatu pengajaran.
Sorotan literatur yang berkaitan mendapati bahawa metodologi pengajaran
konstruktivisme tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci, lantas sukar
untuk dipraktikkan dan tidak dijalankan secara meluas oleh guru-guru. Walaupun
beberapa kajian kaedah pengajaran mengikut pendekatan konstruktivisme secara
eksperimen menunjukkan kaedah ini berkesan terutama apabila teknologi
digunakan, kebanyakan sekolah telah kembali mengamalkan kaedah lama yang
berpusatkan guru (Simonson & Thompson 1997). Fenomena ini berlaku kerana
teknologi kurang dan tidak digunakan dalam pembelajaran (Papert 1993). Selain
itu, pendekatan ini mengambil masa yang panjang sebelum pelajar boleh membimbing
pengetahuan. Ia juga sukar dilaksanakan di bilik darjah terutama jika bilangan
pelajar terlalu ramai. Walau bagaimanapun, kaedah ini masih mempunyai banyak
faedah. Oleh itu pelbagai cadangan tentang cara pelajar belajar telah
dikemukakan berasaskan prinsip-prinsip konstruktivisme ini. Antaranya ialah
guru harus mengaitkan pengalaman lepas pelajar dalam semua proses pembelajaran,
guru patut menekankan pemikiran pada aras yang tinggi atau pemikiran untuk
penyelesaian masalah, pelajar dibenarkan menggunakan peluang untuk menonjolkan
kreativiti mereka dan kelas dianggap sebagai tempat untuk menggalakkan pelajar
bekerja secara berkumpulan dalam menyelesaikan masalah.
Dalam era globalisasi, institusi sekolah dan
universiti dituntut mengeluarkan pelajar yang berfikir, berkemahiran dan
menguasai ilmu pengetahuan. Pelbagai pendekatan mengajar perlu digunakan untuk
subjek Komputer dan Teknologi Maklumat. Memandangkan bahawa di Malaysia
unsur-unsur pembaharuan dalam kaedah mengajar belum meluas dan kaedah
tradisional yang berunsurkan prinsip tingkah laku untuk mengajar lebih lazim
digunakan berbanding kaedah lain maka satu percubaan atau kuasi eksperimen
telah dibuat untuk menggunakan kaedah konstruktivisme di bilik darjah. Kaedah
ini dianggap lebih berkesan kerana ia dapat mempromosikan pembelajaran aktif di
samping meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar di bidang komputer
(Sauder et al. 2000).
Hasil
daripada kuasi eksperimen yang dijalankan berdasarkan prinsip dan pendekatan
konstruktivisme jelas menunjukkan terdapat perbezaan dalam tahap pencapaian
pelajar berbanding dengan pendekatan secara tradisional. Ini selari dengan
pernyataan oleh Simonson dan Thomson (1997) bahawa pembelajaran berkesan
apabila teknologi digunakan, namun hakikatnya kebanyakan sekolah akan kembali
kepada kaedah pengajaran tradisional yang lebih berpusatkan guru daripada
pelajar. Sehubungan dengan itu kajian kuasi eksperimen ini dapat menangkis
pandangan yang mengatakan bahawa pendekatan konstruktivisme adalah sukar dan
mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan.
PENUTUP
Pembaharuan dalam pedagogi perlu dibuat
dalam era globalisasi ini. Antaranya ialah guru perlu sentiasa berusaha untuk
memajukan diri, sentiasa membuat refleksi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, menggalakkan pelajar untuk lebih berdikari, dan menerapkan
semangat kerjasama dan kolaboratif dalam kelas.Guru juga perlu pandai
mengintegrasikan teknologi yang ada dalam sesi pembelajaran.Disamping itu guru
perlu mempertingkatkan kemahiran mereka dalam mengendalikan alatan teknologi
serta menjana sesuatu yang menarik dengan bentuan teknologi tersebut.hal ini
secara tidak langsung boleh menarik minat serta tumpuan pelajar semasa
belajar.dalam pada itu juga guru bersama-sama dengan pelajar mestilah memupuk pembelajaran
sepanjanghayat untuk memastikan pembinaan pemikiran kritis dan kemahiran
teknologi sentiasa disepadukan.
RUJUKAN
Siti
Fatimah Mohd Yassin, Nor Sakinah Mohamad, Aidah Abdul Karim & Rosseni Din.
2001.
Enhancing student learning in computer education: From the perspective of
the
Faculty of Education. Proceedings of Technology And Vocational Technical
Education:
Globalisation and Future Trends, Fakulti
Pendidikan, UKM.
Robiah Sidin,
Nor Sakinah Mohamad. 2007. ICT Dalm Pendidikan: Prospek dan Cabaran Dalam
Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan
32 (2007) 139-152
Juslimah Jani.
2006. Peranan Guru Dalam Memacukan Pembangunan sukan di Malaysia: Kertas kerja yang telah dibentangkan di
Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac, 2006 di Johor Bahru, Johor,
Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Pusat
Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu
sekolah
menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
http://leekecix.blogspot.com/2010/10/cabaran-guru-pendidikan-jasmani.html
Md Amin Md Taff. Pendidikan Sains Sukan di UPSI: Isu dan
Cabaran. Kertas Kerja ini telah dibentangkan di Seminar Sukan Antarabangsa Teluk Danga 2007, Johor Bahru, Johor, Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohad Anizu bin Haji Mohd Nor. Penggunaan Alat Berteknologi Kejuruteraan & Teknologi Maklumat dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, JOHOR.
Mohd Isha Awang.2008. Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan. Berita Harian.
No comments:
Post a Comment